"Mencegah Lebih Baik Dari Memerangi"

1 Malaysia Banteras Jenayah

July 6, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

     Pada 30 May 2012, Pihak SMKTM telah mengadakan suatu ceramah bertemakan "Isu Remaja Lari dari Rumah" telah diuadakan di Dewan Seri Melawati, SMK Taman Melawati. Penceramah pada hari tersebut merupakan Ins/P Basri bin Mohamed Jali dari unit e-aduan, Bahagian Hal Ehwal Awam, Bukit Aman.

    Beliau telah mengenalkan dirinya sebelum meneruskan ceramah tersebut dengan mengenal pasti dan mendefinisikan tajuk ceramah tersebut. Utama sekali, beliau telah mendefinisikan apa sebenarnya isu yang dibincangkan, iaitu isu remaja lari dari rumah, dan seterusnya meneruskan dengan definisi reamaj sendiri, iaitu mengikut Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka.

   Di samping itu, beliau turut menerangkan serba sedikit masalah-masalah dan punca masalah-masalah yang biasanya mengakibatkan remaja lari dari rumah. Beliau meneruskan ceramah dengan mengembangkan tajuk tersebut dengan turut memasukkan contoh-contoh masalah pergaulan, disiplin dan jenayah yang mengakibatkan remaja lari dari rumah.

  Akhir sekali, beliau telah memasukkan kesan remaja lari dari rumah dan punca masalah sosial yang utama yang melibatkan remaja pada hari ini.

Baiklah, itu sahaja dari kami di sini sekarang,

Sekian, harap ingat....


MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI

No comments:

Post a Comment