"Mencegah Lebih Baik Dari Memerangi"

1 Malaysia Banteras Jenayah

October 4, 2011

UTUSAN MALAYSIA, 17 OGOS 2011, RABU


Gengster sekolah mengamuk, empat pelajar cedera

NOOR Adlena Abu Hassan menunjukkan luka dan calar pada bahagian badan Mohd. Syahiran Syaza Mohd. Abdullah selepas diserang sekumpulan pelajar, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Sekumpulan 20 pelajar dari dua sekolah menengah di ibu negara bertindak seperti gengster dengan menyerang dan mencederakan beberapa pelajar sebuah sekolah di Jalan Bukit Nanas di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 1.15 petang itu, beberapa pelajar mengalami kecederaan termasuk empat daripadanya dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Suspek dipercayai gabungan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melawati dan SMK Padang Tembak, Jalan Semarak di sini, membawa senjata berupa kunci pemegang motosikal, cota dan batang besi untuk menyerang pelajar di Sekolah Menengah St. John.
Salah seorang mangsa, Mohd. Syahiran Syaza Mohd. Abdullah, 17, berkata, dia bersama rakan baru keluar dari sekolah untuk pulang ke rumah apabila terserempak dengan sekumpulan 20 pelajar berkenaan.
"Saya dan rakan terdengar orang bercerita ada sekumpulan pelajar dari sekolah lain sedang berkumpul di hadapan sekolah untuk bergaduh.
"Saya meletak kereta di luar kawasan sekolah terpaksa melalui kumpulan itu untuk mengambil kereta dan pada masa sama mengambil kesempatan untuk mengetahui apa yang berlaku," katanya ketika ditemui di HKL di sini, hari ini.
Menurut pelajar tingkatan lima itu, sebaik sahaja tiba di luar sekolah, dia terdengar kumpulan pelajar itu mengadu motosikal salah seorang rakan mereka disimbah cat oleh pelajar dari sekolahnya.
Selepas itu, katanya, kumpulan pelajar itu terus menyerang dan membelasah secara rambang pelajar dari sekolahnya.
Tambahnya, dia yang diserang menggunakan pemegang kunci motosikal dan besi panjang, tidak dapat melawan ketika dipukul di kepala dan badannya sehingga mengalami luka serta lebam.
"Kami bernasib baik apabila ada anggota polis trafik melalui tempat kejadian, menyebabkan pelajar itu bertempiaran melarikan diri. Salah seorang berjaya ditangkap oleh pelajar sekolah kami dan diserahkan kepada polis," katanya sambil memberitahu mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk membuat laporan sebelum dihantar ke HKL.
Sementara itu, bapa kepada Mohd. Syahiran Syaza, Datuk Mohd. Abdullah Mohd. Mohaidin berkata, dia dan isterinya, Datin Noor Adlena Abu Hassan bergegas ke HKL sebaik sahaja dimaklumkan oleh pihak sekolah mengenai insiden menimpa anak mereka.
Mohd. Abdullah yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Sekolah Menengah St. John terkejut kerana gejala gengster masih berlaku.
"Kejadian seperti ini amat membimbangkan kerana jika tidak dibendung, ia boleh menimbulkan masalah sosial yang serius," ujarnya.


Tips Pencegahan Jenayah


Tips Pencegahan Jenayah
• Ragut & Seluk Saku
• Kejadian Rogol dan Cabul
• Kejadian Pecah Rumah
• Kejadian Curi Kenderaan
• Kejadian Buli
• Kejadian Gengsterisme
• Kejadian Penderaan
• Kejadian Penyalahgunaan Dadah 
• Kejadian Remaja Lari Dari Rumah

Ragut & Seluk Saku 

• Tempat di mana sering berlaku 
• Kejadian kerap berlaku di tepi jalan dan di lorong sunyi 
• Biasanya peragut berjalan kaki dan bermotosikal 
• Penyeluk saku sering bertindak di tempat yang sibuk 
• Bagaimana boleh berlaku?
• Menyimpan wang atau dompet di saku yang terbuka. 
• Memakai barang kemas dengan ketara dan mendedahkan untuk tontonan. 
• Berebut-rebut menaiki kenderaan awam atau berada di tempat sesak. 
• Membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut. 
• Meletakkan beg tangan di tempat duduk semasa memandu kereta (passenger
seat) 
• Sibuk menjawab panggilan telefon /sms sehingga lupa keadaan sekitar. 
• Cara Pencegahan 
• Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli-belah. Simpan wang dengan baik
bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang. 
• Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut oleh
peragut bermotosikal. 
• Bagi lelaki, dompet elok disimpan di dalam kocek berbutang. 
• Jangan biarkan beg tangan diletak ditempat yang mudah dicapai oleh orang lain
ketika membeli- belah atau ketika memandu (Passenger Seat). 
• Pastikan anda mengepit/membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di
tempat yang sibuk/sesak. 
• Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di tampat
awam. 
• Elakkan dari berjalan di tempat yang sibuk dan berebut-rebut. 
• Jangan mudah lalai oleh kekecohan yang dilakukan oleh orang yang tidak kenali
dan tawaran untuk menolong membersihkan baju anda. 
• Elakkan daripada tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan
barang kepunyaan anda tanpa dijaga. 
• Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali dan cuba berbuat baik dengan anda
tanpa sebarang sebab umpamanya bertanyakan alamat, nama orang dan
sebagainya. 
• Periksa segera dompet atau beg tangan anda jika dilanggar atau diasak oleh
orang lain. 
• Sentiasa berwaspada dengan persekitaran semasa menunggu di perhentian bas
dan menjawab telefon/sms. 




Kejadian Cabul dan Rogol 

Sejak kebelakangan ini, jenayah rogol kerap berlaku, melibatkan mangsa pada
peringkat umur yang masih terlalu muda untuk mengenal erti hidup. Jenayah ini
bertambah ngeri apabila mangsa dibunuh selepas dirogol. Bagi yang masih hidup,
mangsa akan membayangkan kehidupan masa depan yang gelap, dipenuhi
kekeliruan emosi, fobia dan syak wasangka. Bagi menghindari rogol, sedikit tips
pencegahan digariskan agar kaum wanita boleh berwaspada sentiasa 
• Bagaimana mengelakkannya?
• Perogol biasanya menyerang mangsa yang berseorangan di tempat sunyi 
• Menerima pelawaan perogol untuk bersiar-siar, bermalam di hotel atau rumah dan
sebagainya. 
• Makanan atau minuman yang mengkhayalkan atau tidak sedarkan diri. 
• Mempercayai bomoh yang berjanji menyembuhkan penyakit dengan hubungan
seks. 
• Bagaimana boleh berlaku?
• Pastikan tiada orang lain di dalam kereta ketika anda hendak memandu sendirian.
• Sentiasa berwaspada ketika menuju ke kereta di lapangan letak kereta yang
terbuka. 
• Ketika hendak menggunakan pengangkutan awam, pastikan ada penumpang
wanita lain bersama. 
• Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan
kemudahan awam (tandas, stesen bas dan sebagainya). 
• Pastikan anda berteman ketika memasuki lif di tempat-tempat yang sunyi dan
terpencil. 
• Apakah langkah-langkah pencegahan dari menjadi mangsa rogol?
• Sentiasa gunakan jalan yang dilalui oleh orang ramai, jangan mengikut jalan yang
dekat tetapi gelap dan sunyi. 
• Cuba berada di tempat yang sibuk dengan orang ramai. 
• Berpakaian dengan sempurna kerana pakaian yang menjolok mata atau
memberahikan menarik perhatian perogol. 
• Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar-siar, makan/minum, menonton wayang
atau menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali/baru dikenali. 
• Jangan layan teguran atau pelawaan untuk minum air semasa berada di dalam
bas, teksi atau keretapi 
• Elakkan balik rumah larut malam dan berseorangan. 
• Jika ketinggalan bas, teksi atau keretapi, jangan tumpang kenderaan lain atau
tidur di perhentian bas. 
• Biasakan diri bersiar-siar atau berjoging dalam kumpulan. 
• Ibu bapa atau penjaga janganlah menyuruh anak-anak perempuan pergi ke kedai
untuk membeli barang berseorangan. 
• Jerit minta tolong jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali. 
• Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau menggigit
badan perogol untuk melepaskan diri. 
• Lapor kepada polis dengan segera apabila anda diganggu. 
• Jika Berlaku Ancaman• Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada dirogol dengan
menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh
menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya. 
• Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang. 
• Tidak lakukan sebarang tindakan yang terburu-buru. 
• Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar
menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan dan kaki atau sebarang benda
yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk
melawan. 
• Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya
dan juga nombor kenderaan yang digunakan. 
• Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh
badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan
polis. 

Kejadian Pecah Rumah 

• Bagaimana boleh berlaku 
• Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap 
• Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap 
• Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi. 
• Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka. 
• Tingkap yang tidak berkunci/terbuka 
• Menggunakan kunci pendua. 
• Sebab-sebab Berlaku Pecah Rumah
• Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong 
• Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing 
• Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat
dari luar 
• Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang
tidak dihentikan. 
• Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan
penjenayah memasukinya. 
• Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup
tanpa berkunci. 
• Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau
dibuka dengan kunci tiruan. 
• Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang
memudahkan penjenayah memasukinya. 
• Cara Pencegahan 
• Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda
tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak
jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda. 
• Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang
pandangan,mangga dan selak keselamatan. 
• Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah. 
• Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah
bertindak. 
• Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita
tiada. 
• Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah
atau tidur. • Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah. 
• Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan. 
• Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun
pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah
rumah/penjenayah. 
• Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti
supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni. 
• Nasihat apabila berlaku pecah rumah
• Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran. 
• Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak
selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian
seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah. 

Kejadian Curi Kenderaan 

• Tempat di mana kecurian kerap berlaku
• Tempat letak kereta awam 
• Kompleks membeli-belah 
• Di hadapan rumah, tepi jalan raya
• Tempat letak kereta di hotel-hotel 
• Faktor berlaku kecurian
• Tidak dikunci
• Tiada kunci tambahan
• Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam
• Meninggalkan barang berharga di motosikal 
• Bagaimana mencegah kecurian kereta
• Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik
• Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan kelac. Pastikan juga
kereta sentiasa dikunci 
• Sentiasa meletak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam
letak di tempat yang terang berlampu 
• Pastikan anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar
kenderaan anda untuk diservis 
• Jangan serahkan kunci kepada 'Jockey' kereta
• Adalah lebih baik untuk menukar nombor pendaftaran di cermin kereta
('sandblasting')
• Bersiap sedia dengan kunci kereta apabila menuju ke kereta.
• Elakkan meletak kenderaan bersebelahan dengan kenderaan yang lebih besar
seperti lori atau bas kerana ini memudahkan pencuri mencuri.(terlindung dari
pandangan orang) 
• Bagaimana mencegah kecurian motosikal
• Letak motosikal ditempat yang dikhaskan.
• Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.
• Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat
yang terang/berlampu. 
• Rantai dan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari
dicuri.
• Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaranmotosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat. 

Kejadian Buli 

• Buli
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud
untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Siapakah yang sering membuli dan
dibuli ?
• Pembuli
• Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima dan enam.
• Bertubuh besar, tegap dan tinggi.
• Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
• Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
• Kejayaan membuli pelajar junior untuk menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan
tidak mudah digertak. 
• Dibuli
Pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan
satu, dua dan tiga serta pelajar sekolah rendah.
• Kenapa mereka sering membuli
• Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah
laku pelajar.
• Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati
mereka.
• Mereka pernah menjadi mangsa buli.
• Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya
terdapat pada kanak-kanak hyperaktif atau cergas yang melampau yang sering
bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain. 
• Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah
displin.
• Akibat masalah keluarga.
• Sekadar mahu seronok.
• Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu
cara untuk menghilangkan perasaan bosan. 
• Iri hati pada mangsa atas sebab disayangi guru atau cemerlang dalam pelajaran.
• Jenis-jenis Buli
• Buli fizikal 
• Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang,
menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga
menyebabkan kecederaan. 
• Paling ganas boleh menyebabkan kematian. 
• Buli mental
• Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa
pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior
yang membuli. 
• Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia
sebenarnya serius berlaku di sekolah • Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli?
• Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang sering
berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal.
Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik
berkaitan dengan buli. 
• Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini
bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga
mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan
ibu bapa. 
• Tindakan displin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya
kepada pembuli.
• Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara
ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru displin,
wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli
dan menilai keberkesanannya. 
• Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) sekolah. 
• Oleh itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa
ke semasa

Kejadian Gengsterisme 

Gangsterism di Sekolah 
• Faktor Pelajar Terjerumus
• Pengaruh kawan atau rakan yang terlibat dalam kumpulan jahat di sekolah atau di
luar sekolah.
• Remaja atau pelajar yang kurang keyakinan pada diri sendiri ("low self-esteem").
• Direkrut secara paksa oleh ahli-ahli kongsi gelap.
• Mereka yang kurang mendapat perhatian atau kawalan ahli-ahli keluarga. 
• Langkah Pencegahan
• Semua pihak memainkan peranan penting untuk membasmi kegiatan
"gangsterism" di sekolah:pelajar, ibubapa, pihak sekolah, polis dan semua ahli
masyarakat. 
• Orang ramai bekerjasama dengan memberi maklumat tentang penglibatan pelajar
dalam kegiatan yang tidak sihat. 
• Ibu bapa atau penjaga hendaklah memberitahu pihak sekolah atau polis sekiranya
mengesyaki ahli keluarga terlibat dalam "gangsterism" di sekolah. 
• Menggalakkan mangsa-mangsa tampil ke hadapan membuat pengaduan kepada
pihak sekolah seterusnya kepada polis. 
• Ibu bapa atau penjaga hendaklah memberi sokongan ke atas setiap tindakan
pihak sekolah atau polis dalam menangani kegiatan "gangsterism" yang
melibatkan ahli keluarga mereka. 
• Pelajar jangan bergaul dengan bukan pelajar yang karektornya diketahui bersifat
penjenayah atau mencurigakan. 
• Pelajar hendaklah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat seperti
bersukan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain. 

Kejadian Penderaan 

Keganasan Rumahtangga 
• Maksud Keganasan Rumahtangga Keganasan rumahtangga mengikut tafsiran Seksyen 2 Akta Keganasan Rumahtangga 1994
(akta 521) adalah pelakuan mana-mana perbuatan yang berikut :-
1. Secara bersenjata atau dengan disedarinya meletakkan, atau cuba meletakkan mangsa
itu dalam Keadaan ketakutan kecederaan fizikal; 
2. Menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa itu dengan sesuatu perbuatan yang
diketahui atau yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal; 
3. Memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa
kelakuan atau perbuatan berbentuk seksual ataupun selainnya, yang mangsa itu berhak
tidak melakukan; 
4. Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa itu; atau
5. Melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta dengan niat untuk
menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan
kesedihan atau kegusaran kepada mangsa itu oleh seseorang terhadap :- 
• Isteri atau suaminya;
• Bekas isteri atau suaminya;
• Kanak-Kanak;
• Orang dewasa tidak berkeupayaan; atau
• Mana-mana anggota lain keluarga 
• Siapa Yang Terlibat 
• Isteri atau suaminya;
• Bekas isteri atau suaminya;
• Kanak-Kanak;
• Orang dewasa tidak berkeupayaan; atau
• Mana-mana anggota lain keluarga 
• Bagaimana Hendak Membuat Laporan 
Sesiapa juga yang mengetahui ada kejadian keganasan rumahtangga berlaku atau sesiapa yang
menjadi mangsa boleh membuat laporan di mana-mana balai polis. Laporan polis boleh ditulis
sendiri oleh pengadu atau meminta bantuan dari anggota polis yang bertugas di pejabat
pertanyaan di balai berkenaan.
• Hak Mangsa
Mangsa keganasan rumahtangga mendapat perlindungan di bawah Akta Keganasan
Rumahtangga 1994 mengikut seksyen-seksyen berikut :- Seksyen 4 - Perintah Perlindungan
Interim.
1. Mahkamah boleh, sementara menunggu penyiasatan berhubungan dengan pelakuan
suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumahtangga, mengeluarkan perintah
perlindungan interim yang menghalang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat
daripada menggunakan keganasan rumahtangga terhadap isteri atau suami atau bekas
isteri atau suaminya atau kanak-kanak atau orang dewasa tak berkeupayaan atau manamana anggota lain keluarga, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana
dinyatakan dalam perintah itu. 
2. Sesuatu perintah perlindungan interim hendaklah terhenti berkuatkuasa setelah
selesainya penyiasatan. 
• Rumah Perlindungan
Mangsa-mangsa keganasan rumahtangga boleh mendapatkan perlindungan sementara sama
ada disediakan oleh :-1. Jabatan Kebajikan Masyarakat 
2. Badan-Badan Bukan Kerajaan 
• Lain-Lain Perkara Berkaitan
Mangsa keganasan rumahtangga perlu sedar bahawa mereka yang teraniaya mendapat
perlindungan dan pembelaan di bawah undang-undang.

Kejadian Penyalahgunaan Dadah


• Penyalahgunaan Dadah Di Malaysia
Masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia telah tiba di tahap serius dan dianggap sebagai
ancaman utama negara mengambilalih ancaman komunis yang telah meletak senjata. Di
antara faktor-faktor yang meletakkan penyalahgunaan dadah sebagai ancaman utama negara
ialah :-
• Jumlah penagih yang didaftar lebih kurang 200,000 orang;
• Jumlah wang yang terlibat untuk pemulihan;
• Kos rawatan, perubatan, tenaga kerja yang hilang;
• Kesan dan kerugian dari segi ekonomi, sosial dan jenayah. 
Malaysia terlalu dekat dengan Golden Triangle iaitu kawasan terbesar di dunia yang
mengeluarkan pelbagai jenis dadah. Pengedaran dadah, jenis candu, heroin dan ganja adalah
dari kawasan Golden Triangle masuk ke Malaysia melalui Thailand. Pengaliran dadah sintetik
seperti dadah syabu adalah daripada negara Filipina, dan ecstacy dari negara-negara Eropah.
Bermula pada tahun 1997 hingga April 1999, PDRM berhadapan dengan seramai 87,868
orang penagih dadah, terdiri daripada 45,869 penagih baru dan 41,999 penagih tegar.
Penyalahgunaan dadah ini juga telah menular ke kawasan FELDA, sektor perkilangan dan
para nelayan. Seramai 3,551 orang peneroka, 2,189 pekerja sektor perkilangan dan 2,620
nelayan telah terlibat. Dari sejumlah2,620 nelayan tersebut, seramai 384 dihinggapi HIV
dengan 20 kematian.
• Penguatkuasaan
Dasar penguatkuasaan kita adalah menyekat kemasukan dadah dan mengambil tindakan
terhadap pengguna-pengguna dadah. Kita mempunyai peruntukan undang-undang yang
mencukupi untuk tujuan penguatkuasaan.
• Kesan Buruk Najis Dadah
• Merosakkan sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang) 
• Mengakibatkan kematian mengejut
• Dalam keadaan mabuk atau khayal, penagih tidak dapat mengawal pergerakan badan
• Risiko jangkitan AIDS, hepatitis dan kancing gigi apabila menggunakn alat suntikan yang
kotor
• Kesan kepada wanita mengandung :- keguguran, kelahiran bayi songsang, lahir belum
cukup umur, kematian bayi semasa lahir dan melahirkan bayi yang menunjukan gejala
tarikan. • Melemah dan merosakkan daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan dan
kebolehan menyelesaikan masalah. 
• Melemahkan aktiviti otak,terutama daya menyelesaikan masalah, budibicara dan
penganalisaan. 
• Peranan Ibubapa Membasmi Dadah
• Mengamalkan hubungan yang erat dikalangan ahli keluarga
• Memberi kasih sayang yang sama rata kepada semua ahli keluarga
• Menjadikan diri anda sebagai contoh yang baik.
• Meluangkan masa untuk bersama anak-anak dan ahli keluarga.
• Sentiasa bersedia berkomunikasi dan mendengar masalah anak-anak.
• Peka dan mengambil tahu aktiviti-aktiviti anak dan rakan sebayanya.
• Menentukan ahli keluarga memperolehi ubatan-ubatan dari daktor atau ahli farmasi yang
bertauliah dengan sukatan-sukatan yang telah ditetapkan. 
• Peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal yang mungkin dijadikan sarang penagih najis
dadah dan melaporkan kepada pihak polis jika terdapat pergerakan yang mencurigakan.. 
• Memberikan sokongan kepada program pemulihan najis dadah yang melibatkan ahli-ahli
keluarga. 

Remaja Lari Dari Rumah

• Maksud
-Remaja yang menningalkan rumah tanpa restu daripada ibu bapa dan menuju ke satu tempat yang biasanya tidak diketahui oleh ahli keluarganya.
-isu ini bukan sejenis jenayah tetapi semakin berleluasa di Malaysia

• Ciri-ciri seorang remaja yang terlibat dengan isu ini
- Lebih suka bergaul dengan rakan sebaya daripada ibu bapa
- Suka berangan-angan
- senang terpengaruh dengan emosi

• Punca isu ini

- Tekanan Hidup(Punca utama)
- Pengaruh Rakan Sebaya
- Inginkan kebebasan
- Bergaduh dengan ahli keluarga

- Bosan dengan aktiviti yang sama setiap hari
- Kurang kasih sayang daripada ahli keluarga
• Cara untuk menagani isu ini
- kerjasama antara guru dengan ibu bapa

- Mengadakan hubungan erat antara ahli keluarga
- Peka dengan keadaan remaja tersebut
- Mengambil tahu siapa yang sedang bergaul dengan remaja tersebut


Mencegah jenayah di kalangan kanak-kanak


Mencegah jenayah di kalangan kanak-kanak

Pendapat

PERANAN ibu bapa mendidik dan memberi kasih sayang dengan sempurna merupakan kunci utama bagi negara untuk mengatasi masalah kerapuhan institusi keluarga termasuk kes jenayah yang melibatkan anggota keluarga. 

Kesempurnaan kasih sayang yang harus diberikan kepada anak-anak bukan bermakna perlunya menambah jam kredit pertemuan antara anak-anak dan ibu bapa tetapi pentingnya waktu berkualiti dan hemah yang ditunjukkan oleh ibu bapa dalam melayan kehendak dan keperluan anak-anak sama ada jasmani atau rohaninya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan bahawa peranan ibu bapa tidak mampu diambil alih oleh mana-mana pihak walaupun kerajaan boleh menyediakan pelbagai program dan prasarana untuk memupuk keharmonian institusi keluarga.

Banyak kejadian jenayah yang melibatkan anak-anak termasuklah yang di bawah umur perlu diperhati dan diperhalusi sebab, gejala dan akibatnya kerana ia harus dibendung di peringkat permulaan. Bahkan satu akta khusus yang membolehkan ibu bapa dihukum apabila anak-anak mereka melakukan jenayah sedang dikaji dalam usaha untuk membendung masalah jenayah di kalangan remaja yang semakin membimbangkan.

Mengaitkan ibu bapa dalam perbuatan jenayah yang dilakukan oleh anak mereka adalah kerana banyak kajian mendapati punca utama berlakunya jenayah adalah disebabkan faktor ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab. Walaupun hukuman yang akan dikenakan kepada ibu bapa terbabit hanyalah khidmat masyarakat, tetapi sekurang-kurangnya mereka ingat tentang kesan kelonggaran tanggungjawab terhadap anak-anak.

Perbuatan vandalisme, merokok, ponteng sekolah, menunggang dan memandu kenderaan tanpa lesen dan merosakkan harta benda orang lain sering dilakukan oleh para remaja ataupun kanak-kanak terutamanya di kampung-kampung. 

Paling menggerunkan, kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian banyak berlaku akibat kecuaian penunggang motosikal di bawah umur dan tanpa lesen. Terbaru, seorang murid tahun satu terbunuh akibat dilanggar sebuah motosikal yang ditunggang kanak-kanak berusia 10 tahun di kawasan Taman Perumahan Rakyat, Gong Pasir, Dungun. 

Mangsa, Muhamad Badrie Iskanar Muhamad Husin, berseorangan menunggang basikal, manakala penunggang motosikal bersama rakannya bersiar-siar di kawasan taman perumahan itu. Kemalangan dipercayai berlaku setelah penunggang motosikal tidak nampak kelibat basikal mangsa yang tiba-tiba masuk ke dalam laluannya dari arah bertentangan.

Tidak hairanlah daripada 165,000 kes jenayah yang dicatatkan pada tahun 2005, kira-kira 14,000 kes adalah remaja. Sekiranya perkara ini direnung, maka sudah sampai masanya kita mengikut jejak langkah Britain yang telah melaksanakan Akta Kelakuan Anti sosial sejak 2003 lagi. Peruntukan dalam akta tersebut menyebut bahawa bukan sahaja ibu bapa yang boleh dihukum tetapi premis-premis hiburan yang membenarkan remaja bawah umur memasuki premis mereka turut boleh diambil tindakan.

Berbalik kepada soal tanggungjawab dan tanggungan ibu bapa terhadap salah laku anak-anak, harus diingat bahawa amanah memelihara dan mendidik anak-anak wajar dipikul oleh ibu bapa, bukannya orang lain. Cuma dugaannya, ada ibu bapa yang berperanan sebaik-baiknya tetapi pengaruh sosial mengatasi segala, kerana itulah setiap ibu bapa perlu memastikan anak-anak masing-masing dididik dengan baik sehingga tiada siapa pun yang boleh mempengaruhi sesuatu kejahatan kepada orang lain. 

Sekiranya amanah itu tidak terjaga dengan sebaik-baiknya, maka murka Yang Esa akan memungkinkan apa sahaja berlaku, hatta pemegang amanah ini kadangkala dicedera atau dibunuh oleh amanah mereka sendiri.