"Mencegah Lebih Baik Dari Memerangi"

1 Malaysia Banteras Jenayah

February 16, 2011

FALSAFAH..MATLAMAT..DAN OBJEKTIF

:: FALSAFAH ::

Kelab ini berperanan serta bertanggungjawab melahirkan ahli yang kreatif dan inovatif, mempunyai ketahanan diri, berani bersaing, prihatin terhadap bidang yang diceburi, mempunyai wawasan dalam bidang kokurikulum dan juga sahsiah, serta menggembleng kreativiti diri secara global demi memartabatkan nama kelab dan sekolah di samping mempunyai keyakinan dan kesedaran diri terhadap motto “MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI”
::MATLAMAT::

Matlamat penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah adalah untuk membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.
:: OBJEKTIF ::
~melahirkan kesedaran dan tanggungjawab dalam pencegahan jenayah 
~menanamkan nilai - nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid
~menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan lebih baik daripada memerangi jenayah
~menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang berfaedah 
~melahirkan murid yang bertanggungjawab kepada agama , bangsa , dan negara dalam hal menangani jenayah

No comments:

Post a Comment