Program ini adalah program kerjasama antara
Program Dasar Warga Emas Negara (DWEN), Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) dan
Kelab Kebajikan SMK Taman Melawati. Lawatan ini diadakan bertujuan memberi
kesedaran kepada murid-murid dan pengalaman baharu kepada mereka tentang
kehidupan sebenar sebagai penghuni Rumah Amal Cheshire Selangor. Bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk memupuk sikap perihatin
di kalangan murid dan sejajar dengan kempen Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
memupuk sikap hormat dan sayangi golongan warga emas. Program ini, bertujuan member
kesedaran kepada murid-murid SMK Taman Melawati supaya mendekati golongan yang
terpinggir dari institusi keluarga yang sempurna.
"Mencegah Lebih Baik Dari Memerangi"
1 Malaysia Banteras Jenayah
August 28, 2013
August 27, 2013
DEMONSTRASI CEGAH JENAYAH BERSAMA KICK START ACADEMY
29 April 2013
Aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid SMK Taman Melawati bersempena dengan Minggu HEM telah menjemput Kick Start Academy untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam menangani masalah jenayah di sekeliling kita. Penceramah telah mengadakan demonstrasi cegah jenayah dengan dibantu oleh para pembantu beliau dengan bertujuan untuk menyampaikan tips-tips yang berguna apabila seseorang individu telah diserang ataupun menjadi mangsa ragut dan sebagainya.

Mesyuarat Agung KPJS bagi sesi 2013
12 Januari 2013
Aktiviti awal tahun ini telah diadakan hari Sabtu iaitu satu mesyuarat agung untuk para murid samada sesi pagi mahu pun petang yang ingin menyertai Kelab Pencegah Jenayah SMK Taman Melawati . Perjumpaan ahli-ahli baru dan lama telah dijalankan di Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling dan telah dikendalikan oleh bekas guru penasihat KPJ sesi 2012 iaitu Pn. Rafiza Rashid. Antara objektif utama mesyuarat agung ini diadakan adalah untuk melantik barisan ahli jawatankuasa yang baru yang akan menerajui Kelab Pencegah Jenayah SMK Taman Melawati bagi sesi persekolahan 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)