"Mencegah Lebih Baik Dari Memerangi"

1 Malaysia Banteras Jenayah

August 28, 2013

LAWATAN AMAL KE RUMAH AMAL CHESHIRE , SELAYANG




Program ini adalah program kerjasama antara Program Dasar Warga Emas Negara (DWEN), Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) dan Kelab Kebajikan SMK Taman Melawati. Lawatan ini diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid dan pengalaman baharu kepada mereka tentang kehidupan sebenar sebagai penghuni Rumah Amal Cheshire Selangor. Bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk memupuk sikap perihatin di kalangan murid dan sejajar dengan kempen Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memupuk sikap hormat dan sayangi golongan warga emas. Program ini, bertujuan member kesedaran kepada murid-murid SMK Taman Melawati supaya mendekati golongan yang terpinggir dari institusi keluarga yang sempurna.

August 27, 2013

DEMONSTRASI CEGAH JENAYAH BERSAMA KICK START ACADEMY

29 April 2013

Aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid SMK Taman Melawati bersempena dengan Minggu HEM telah menjemput  Kick Start Academy untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam menangani masalah jenayah di sekeliling kita. Penceramah telah mengadakan demonstrasi cegah jenayah dengan dibantu oleh para pembantu beliau dengan bertujuan untuk menyampaikan tips-tips yang berguna apabila seseorang individu telah diserang ataupun menjadi mangsa ragut dan sebagainya.

Mesyuarat Agung KPJS bagi sesi 2013


12 Januari 2013

Aktiviti awal tahun ini telah diadakan  hari Sabtu iaitu satu mesyuarat agung untuk para murid samada sesi pagi mahu pun petang yang ingin menyertai Kelab Pencegah Jenayah SMK Taman Melawati . Perjumpaan ahli-ahli baru dan lama telah dijalankan di Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling dan telah dikendalikan oleh bekas guru penasihat KPJ sesi 2012 iaitu Pn. Rafiza Rashid. Antara objektif utama mesyuarat agung ini diadakan adalah untuk melantik barisan ahli jawatankuasa yang baru yang akan menerajui Kelab Pencegah Jenayah SMK Taman Melawati bagi sesi persekolahan 2013.