"Mencegah Lebih Baik Dari Memerangi"

1 Malaysia Banteras Jenayah

February 28, 2011

AKTIVITI MINGGUAN

PENGUMUMAN :) 




SATU PERJUMPAAN AKAN DIADAKAN PADA HARI SABTU INI..


TARIKH : 05 MARCH 2011
TEMPAT : KANTIN SEKOLAH
MASA : 11 . 00 - 12 . 30
AKTIVITI : MEMBUAT LAKARAN// CORAK UNTUK BAJU KPJ 


KEHADIRAN ANDA ADALAH DIWAJIBKAN~.
SEKIAN HARAP MAKLUM :)


ADA SEBARANG PERTANYAAN SILA RUJUK KEPADA 
JAMILAH (5T)

ACTIVITIES

::ACTIVITIES ::

PERTANDINGAN  MENULIS ESEI DAN MELUKIS POSTER

TAJUK ESEI: HINDARI TINGKAHLAKU JENAYAH
TAJUK POSTER : BERSAMA MENCEGAH JENAYAH

MARILAH TUNJUKKAN BAKAT ANDA DALAM MENULIS ESEI ATAU MELUKIS POSTER
DALAM PERTANDINGAN YANG DIANJURKAN OLEH KELAB PENCEGAH JENYAH 

SEBARANG PERTANYAAN/PENYERTAAN SILA RUJUK PADA PUAN RAFIZA // ENCIK MOHD FAIRUS IRWAN 

DATE LINE : 30 MARCH 2011
BERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR SMK TAMAN MELAWATI

February 16, 2011

LAGU KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

       ‘MARI CEGAH JENAYAH’

Kelab Pencegahan Jenayah
Sekolahku Yang Tercinta
Menjunjung Rukun Negara                                                                                             
MendukungPeraturan Sekolah

Walau Di Mana Kami Berada
Kami tetap Tunaikan
Amanah, Tanggungjawab Yang Diberi
Bermoral Beretika

C/O     MARI CEGAH JENAYAH
Semua Hindari Bersama
Mari Perangi Jenayah
Hidup Bebas Aman Merdeka
Kelab Pencegahan Jenayah
Sekolahku Yang Tercinta
Menjujung RUKUN NEGARA
Mendukung Peraturan Sekolah

Walau Di mana Kami Berada
Kami Tetap Tunaikan
Amanah, Tanggunjawab Yang Diberi
Bermoral Beretika

C/O     MARI CEGAH JENAYAH
            Semua Hindari Bersama
                                    Mari Perangi jenayah
                                    Tanggungjawab Kita Semua

MARI CEGAH JENAYAH
Semua Hindari Bersama
Mari Perangi Jenayah
HIDUP BEBAS AMAN MERDEKA (2X)
HIDUP BEBAS………….   AMAN MERDEKA ………….!

LAGU                         :HUSSEIN HAJI USIH
LIRIK                          : HUSSEIN HAJI USIH & ARIFA HAJI KURAGA
SUSUNAN MUZIK HUSSEIN HAJI USIH & YAMAHA MUSIC SCHOOL

IKRAR KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

  
Kami,
Ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah,
Malaysia

Berikrar,
Bahawa Kami Akan Berusaha,
Menjadi Ahli Yang Sentiasa Mematuhi,
Peraturan dan Perlembagaan Kelab,
Peraturan Sekolah dan
Undang-undang negara
Demi Memartabatkan Nama Baik Kelab dan Sekolah,
Berlandaskan,

Taat dan Patuh Kepada Ajaran Agama,
Taat dan Patuh Kepada Perlembagaan Kelab dan,
Taat dan Patuh Kepada Peraturan Sekolah,

Kami Berjanji,
Akan Sentiasa Berusaha Menjadi Ahli Yang Berketerampilan,
Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab, amanah,
Dan adil Dalam Melaksanakan Tanggungjawab.

Kami Berjanji,
Akan Cuba Sedaya Upaya Untuk,
Mencegah, Menghindari dan Memerangi Jenayah,
Demi Kesejahteraan Seluruh Warga Malaysia.

FALSAFAH..MATLAMAT..DAN OBJEKTIF

:: FALSAFAH ::

Kelab ini berperanan serta bertanggungjawab melahirkan ahli yang kreatif dan inovatif, mempunyai ketahanan diri, berani bersaing, prihatin terhadap bidang yang diceburi, mempunyai wawasan dalam bidang kokurikulum dan juga sahsiah, serta menggembleng kreativiti diri secara global demi memartabatkan nama kelab dan sekolah di samping mempunyai keyakinan dan kesedaran diri terhadap motto “MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI”
::MATLAMAT::

Matlamat penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah adalah untuk membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.
:: OBJEKTIF ::
~melahirkan kesedaran dan tanggungjawab dalam pencegahan jenayah 
~menanamkan nilai - nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid
~menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan lebih baik daripada memerangi jenayah
~menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang berfaedah 
~melahirkan murid yang bertanggungjawab kepada agama , bangsa , dan negara dalam hal menangani jenayah